X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Isu makanan RMT: Jangan cepat menuduh

KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.(Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Negara pada Khamis digemparkan dengan satu status oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa cucu saudaranya hanya diberikan juadah nasi dan kuah dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pengguna Facebook itu juga turut mempersoalkan adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sehingga pengusaha kantin terpaksa memberi makanan sebegitu kepada murid.

Bagaimanapun, dia tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap mana-mana pihak namun meminta supaya ada siasatan lebih dijalankan bagi mengetahui punca terjadinya situasi sedemikian.

Perkongsian status Facebook itu menimbulkan pelbagai persepsi dengan netizen yang tanpa soal selidik terus menghukum pihak kantin sekolah tersebut dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana memberikan juadah tersebut kepada murid.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tampil menjelaskan bahawa gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah RMT.

Menurutnya, wakil KPM telah pergi ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan mengenai gambar makanan tersebut.

Mohd Radzi berkata, makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.

Alasan beliau ada asasnya kerana setiap murid yang menerima RMT akan diberikan makanan tersebut dalam bekas makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah dan tidak boleh dibawa pulang.

Jawapan daripada Mohd Radzi itu sekali gus menjawab persoalan dan tuduhan daripada netizen mengenai status gambar yang tular tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara tersebut dan menegaskan KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!