X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Syabas KPM bertindak pantas siasat isu RMT

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tular di media sosial pada Rabu pelajar penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.
A
A

SEMALAM tular sekeping gambar menunjukkan bungkusan nasi putih dan hanya kuah yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Individu yang berkongsi foto itu turut mempersoalkan mutu makanan tersebut yang disifatkan sangat menyedihkan.

Merak Jalanan puji kepantasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat dakwaan tersebut. Menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementerian tidak akan berkompromi dalam perkara melibatkan kebajikan murid sekolah.

Dan ternyata hasil siasatan KPM mendapati rupa-rupanya gambar yang ditularkan itu bukan makanan untuk penerima RMT.

Inilah dia zaman media sosial yang menunjukkan kepada kita semua supaya tidak terburu-buru untuk membuat sebarang andaian.

Zaman media sosial ini memang memeningkan kita semua, pantang ada perkara yang tular pasti ia akan menimbulkan reaksi yang negatif tanpa mendapatkan terlebih dahulu kesahihan sesuatu perkara.

Merak Jalanan harap tiada pihak sengaja menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan meraih populariti.

Untuk rekod, RMT mula dilaksanakan pada 1979 untuk menyediakan makanan harian bagi murid miskin dan telah ditambah baik pada 2020.

Merak Jalanan secara peribadi pun pernah menerima makanan RMT. Walaupun hanya sambal ikan bilis dan sayur sawi, ia tetap sedap dan menyelerakan.

Pengalaman Merak Jalanan lalui semasa zaman persekolahan inilah yang menggamit kenangan lalu dan masih segar dalam ingatan.

Sebagai ibu bapa memang tinggi harapan Merak Jalanan supaya anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat dan dapat meneruskan pelajaran dengan tenang dan gembira.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!