‘Rebut pembelian 10 buku pada harga hanya RM30’

Roziana (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin menunjukkan antara novel yang dijual menerusi jualan penghabisan stok sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang bermula hari ini.
Roziana (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin menunjukkan antara novel yang dijual menerusi jualan penghabisan stok sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang bermula hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang merebut promosi istimewa pembelian 10 buah buku berkualiti pada harga hanya RM30 sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang akan bermula hari ini.

Penolong Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziana Omar berkata, promosi ditawarkan menerusi jualan penghabisan stok yang memberi pengunjung pilihan membeli buku dalam kuantiti banyak dengan penjimatan sehingga lebih 80 peratus.

“Melalui jualan penghabisan stok ini, kita tawarkan diskaun mencecah 90 peratus dan mereka boleh mencampurkan bahan bacaan tersebut iaitu novel, buku islamik, buku resipi dan buku kraf.

“Dengan tawaran ini, mereka dapat membeli genre bahan bacaan yang disukai pada satu harga yang cukup murah kerana harga biasa bahan bacaan itu sebelum ini ada yang RM30 senaskhah.

Dengan tawaran berkenaan, mereka dapat 10 buah buku cuma RM30,” katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau persiapan akhir jualan gudang di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Khamis.

Karyawan Grup Buku Karangkraf menyusun bahan bacaan sebagai persiapan akhir Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada petang Khamis.
Karyawan Grup Buku Karangkraf menyusun bahan bacaan sebagai persiapan akhir Jualan Gudang Karangkraf 2022 pada petang Khamis.

Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang berlangsung selama 10 hari hingga 30 Januari nanti memberi pelbagai lagi tawaran menarik lain termasuk bahan bacaan yang hanya dijual pada harga serendah RM1 senaskhah.

Jualan gudang tersebut dibuka daripada jam 9 pagi hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat, manakala bagi Sabtu dan Ahad, ia dibuka bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Artikel Berkaitan:

Roziana menjelaskan, pihaknya turut menawarkan jualan set lengkap al-Quran termasuk pelbagai jenis dan saiz, rehal, al-Quran stand dan sejadah.

“Terdapat 500 unit rehal, al-Quran stand dan sejadah pada hari pertama jualan di samping sebanyak 30 jenis al-Quran pelbagai jenis dan saiz.

“Ini peluang keemasan kepada mereka yang mahu mendapatkan set lengkap al-Quran termasuk mana-mana pihak atau individu yang mencari al-Quran untuk diwakafkan sebagai bantuan banjir,” ujarnya.Katanya, bagi mereka yang mencari koleksi buku Nota My #QuranTime, boleh mendapatkannya di Jualan Gudang Karangkraf 2022 yang menghimpunkan kesemua koleksi buku itu hingga siri terbaru iaitu juzuk ke-12.

Sebanyak 10 kaunter pembayaran disediakan pada Jualan Gudang Karangkraf 2022 demi kemudahan pengunjung dan bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.
Sebanyak 10 kaunter pembayaran disediakan pada Jualan Gudang Karangkraf 2022 demi kemudahan pengunjung dan bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Mengenai persiapan akhir, katanya, ia berjalan lancar hingga petang Khamis dan pihaknya hanya menunggu ketibaan pengunjung,

“Untuk memudahkan pengunjung melakukan pembelian, kita sediakan 10 kaunter pembayaran manakala sebanyak empat ruang pameran disediakan iaitu dua di lobi dan dua di dewan,” jelasnya.