X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Vivo Malaysia lancar filem pendek 'Shout it Out'

Zakaria (tiga dari kiri) ketika menjawab pertanyaan pemberita semasa sesi pelancaran filem pendek ‘Shout it Out’ di sebuah pawagam di ibu negara pada Rabu.
A
A

VIVO Malaysia melancarkan sebuah filem pendek bertajuk Shout it Out yang memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya bagi mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet karate negara.

Filem pendek berdurasi 9 minit 30 saat arahan Mallory Lee ini dirakam menggunakan Vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS.

Diispirasi berdasarkan sebuah kisah benar, Shout it Out mengikuti kisah Siti lakonan Nurizyan Hishammuddin yang berjuang untuk berjaya dalam bidang karate dan mahu mewakili Malaysia dalam pertandingan kejohanan antarabangsa.

Permulaan kisah ini bermula dari Siti semasa kecil memulakan perjalanannya untuk menjadi atlet karate negara.

Dia mendapat bimbingan jurulatih karate, lakonan Seelan Manoheran yang percaya terhadap kebolehannya.

Berlatar belakang adegan cabaran dan halangan hidup, filem ini turut menyerlahkan keazaman Siti dengan bimbingan gurunya yang ingin membawanya ke pentas dunia sebagai seorang atlet negara.

Atlet-atlet karate orang kurang upaya menunjukkan aksi semasa pelancaran filem pendek Shout it Out di sebuah pawagam di ibu negara pada Rabu.
Atlet-atlet karate orang kurang upaya menunjukkan aksi semasa pelancaran filem pendek Shout it Out di sebuah pawagam di ibu negara pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengurus Jenama Vivo Malaysia, Raymond Teoh Keow Yee berkata, filem pendek ini bukan hanya menggambarkan kisah dedikasi dan kegigihan Siti, tetapi penerimaan seorang jurulatih dan mengajarnya bagi menjadi atlet karate profesional negara.

Menurutnya, dari segi rakaman videografi dan fotografi, vivo menerusi telefon pintar Siri X menawarkan kemampuan tersebut.

“Kami percaya semua orang mempunyai platform dan kami mahu menawarkan mereka platform menerusi telefon pintar kami.

“Contohnya, jika anda mahu mengejar impian untuk menjadi pengarah filem, anda boleh mencuba X70 Pro dan membuat video serta berkongsinya dengan seluruh dunia,” katanya semasa pelancaran filem pendek Shout it Out di sebuah pawagam di ibu negara pada Rabu.

Sementara itu, Mallory berpendapat penggambaran filem pendek menggunakan X70 Pro adalah tidak sukar.

Katanya, apa yang mencabar adalah mengkaji sifat kamera telefon pintar ini yang lebih teknikal seperti aspek pencahayaan.

“Apa yang baiknya adalah telefon ini tampil dengan ciri-ciri yang baik seperti mod malam di mana kita boleh merakam cahaya yang kurang.

“Kepekaan cahaya sangat penting terutamanya merakam di tempat yang gelap dan ini telah mengatasi banyak kamera,” jelasnya.

Filem pendek Shout it Out ini boleh ditonton di laman YouTube rasmi Vivo Malaysia.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!