Polis cari empat individu, bantu kes penipuan pelaburan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan yang menggunakan nama 'Vantage FX Investment' dan 'Vanguard Investment'.

Mereka ialah Seow Ka Khan, 34, beralamat di Blok B-18-07 Eve Suite@Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor; Shawn Lee Kim Boon, 33, beralamat di 17 Jalan Bunga Ros Kawasan 6, Klang, Selangor; Seow Siew Yan, 34, beralamat di No 5, Lorong Dato Abdul Hamid 18A, Taman Sentosa Klang, Selangor dan Muhammad Shalihin Hussein, 35, beralamat di A1-08-03 Sri Putramas 2, Condo Royal Domain Kingsgate Tower, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, pada 13 dan 19 November 2021, polis telah menjalankan beberapa serbuan bersabit kes penipuan pelaburan di Nilai.

"Dalam serbuan itu 11 individu ditangkap dan hasil siasatan, polis telah mengenal pasti 51 kes penipuan pelaburan yang menggunakan nama 'Vantage FX Investment' dan 'Vanguard Investment yang melibatkan kerugian RM950,981.14.

"Seramai 9 daripada 11 ahli sindiket yang ditangkap kini direman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali individu-individu terbabit diharap dapat menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Sarjan Addiean Gidius di talian 019-8973218 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: