Supermax sahkan Kanada tamatkan dua kontrak

Supermax Healthcare Canada Inc, bersetuju untuk menamatkan dua kontrak sedia ada bagi pembekalan sarung tangan nitril atas persetujuan bersama dengan kerajaan Persekutuan Kanada.
Supermax Healthcare Canada Inc, bersetuju untuk menamatkan dua kontrak sedia ada bagi pembekalan sarung tangan nitril atas persetujuan bersama dengan kerajaan Persekutuan Kanada.
A
A
A

SUPERMAX Corporation Bhd mengesahkan bahawa anak syarikat Supermax Group di Kanada, Supermax Healthcare Canada Inc, bersetuju untuk menamatkan dua kontrak sedia ada bagi pembekalan sarung tangan nitril atas persetujuan bersama dengan kerajaan Persekutuan Kanada.

Supermax berkata baki daripada dua kontrak ini pada nilai percuma atas kapal (FOB) sebanyak US$12.67 juta (US$1= RM4.19) atau di bawah 0.8 peratus daripada pendapatan kumpulan.

"Kontrak anak syarikat kumpulan di Kanada itu untuk produk peralatan perlindungan diri (PPE) yang lain adalah kekal dan tidak terjejas,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia merujuk kepada artikel sebuah akhbar harian bertajuk "Kanada tamatkan kontrak dengan Supermax”.

Supermax berkata kumpulan ingin mengulangi bahawa pihaknya telah memulakan usaha untuk memenuhi piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai pekerja asing sejak 2019.

"Kumpulan telah melaksanakan banyak penambahbaikan untuk meningkatkan kebajikan pekerjanya secara berperingkat dan telah mengambil langkah untuk mempercepatkan proses bagi memenuhi piawaian ILO,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: