X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Axelsen sokong Zii Jia

Axelsen (tengah) bersama rakan-rakan sepelatihnya di Dubai.
A
A

PEMAIN nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen secara terbuka menyatakan sokongannya kepada jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bergerak secara profesional.

Malah, juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, Zii Jia mempunyai hak untuk memilih laluan kerjayanya sendiri apabila membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Jika seorang pemain, dalam kes seperti Lee Zii Jia, saya fikir apa yang dirasakan terbaik baginya sebagai seorang pemain, maka pada pendapat saya, itulah yang patut dia lakukan.

"Setelah bermain menentang Zii Jia berkali-kali, saya yakin tidak kira apapun, dia akan terus melakukan segala yang dia mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik dan terus melakukan yang terbaik.

"Semua orang yang menyokongnya, bangga. Saya tidak sabar untuk berdepan dengannya. Ini bukan urusan saya, tetapi saya hanya mahu berkongsi fikiran saya," kata Axelsen dalam laman media sosial Twitternya.

Kenyataan terbuka Axelsen itu nyata menarik perhatian warganet sehingga ada yang mencadangkan dia mengajak Zii Jia berlatih bersamanya di Kompleks Sukan NAS, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Axelsen kini berlatih secara profesional di Dubai bersama juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew; pemain meningkat naik Kanada, Brian Yang selain Felix Burestedt dari Sweden dan rakan senegaranya, Matthias Thyrri.

Malah, pemain muda India, Lakshya Sen yang muncul juara Terbuka India di New Delhi minggu lalu turut pernah berlatih bersama mereka di Dubai tahun lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!