Kanak-kanak tiga tahun hilang susulan serangan di masjid NZ

Mucad Ibrahim hilang sejak insiden tembakan masjid di Christchurch semalam. - Foto Abdi Ibrahim
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Keluarga seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang sejak insiden tembakan masjid di Christchurch semalam, merayu orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.

Ketika serangan maut yang berlaku kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan), Mucad Ibrahim mengikuti bapa dan abangnya, Abdi Ibrahim ke Masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat, apabila seorang penyerang kulit putih warga Australia, Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah.

Kanak-kanak itu berjaya melarikan diri manakala bapa dan abangnya berpura-pura mati untuk menyelamatkan diri.

“Saya cuba keluar dari masjid berkenaan dengan segera dan kami semua bergegas ke hospital kerana menyangkakan semua rakan kami berada di situ,” kata Abdi sambil menambah seluruh ahli keluarga bimbang dengan keselamatan Mucad.

Disifatkan sebagai serangan pengganas dan antara hari paling buruk untuk New Zealand, serangan yang dilakukan Tarrant itu setakat ini telah mengorbankan 49 orang manakala puluhan yang lain masih menerima rawatan di hospital.- Agensi/Dailymail