Azalina cadang isytihar Hari Pencegahan Bencana Kebangsaan

Azalina
Azalina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada Khamis mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan hari tertentu pada bulan Disember sebagai Hari Pencegahan Bencana Kebangsaan (National Disaster Prevention Day).

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkemungkinan boleh menggunakan tarikh semasa berlakunya banjir di beberapa buah negeri pada Disember tahun lalu.

"Mungkin Menteri yang bertanggungjawab dari segi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) boleh menggunakan tarikh Disember itu untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa kita tidak boleh mengambil mudah tentang alam sekitar dan kedudukan kita dalam kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Keempat di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azalina turut mengingatkan kepada semua pihak agar tidak sentiasa berada dalam keadaan penafian.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa zaman demi zaman, tahun demi tahun, pengurusan bencana akan menjadi salah satu daripada pendekatan hidup kita disebabkan pembangunan yang begitu drastik seperti negara Malaysia," ujarnya.

Artikel Berkaitan: