'Umi, Amna nak jadi anak syurga'

Ketiga-tiga beranak ini dikebumi dalamc satu liang yang sama.
Ketiga-tiga beranak ini dikebumi dalamc satu liang yang sama.
A
A
A

MACHANG - Mangsa kemalangan maut, Nur Amna Nafeesa Mohd Azni,5, sempat berkongsi impiannya untuk menjadi anak syurga selepas solat maghrib bersama-sama ibunya malam tadi beberapa jam sebelum terlibat nahas.

Ibunya, Laila Mohd Zazali, 31 berkata, dia hanya mengiyakan kata-kata anaknya dengan menasihatkan Nur Amna Nafeesa agar menjadi anak yang solehah.

Katanya, Nur Amna Nafeesa bersama anak sulung, Muhammad Aryan Ziqri, 7 dan suami, Mohd Azni Mohd Zakri, 34 keluar dari rumah kira-kira jam 9 malam untuk ke rumah ibunya yang terletak di Kampung Kolam Abu.

"Suami ada bagi tahu nak ke rumah ibu saya untuk ambil surat beranak anak-anak dan sebelum itu mereka singgah di Klinik Bima Sakti, dekat dengan tempat kejadian sebab nak beli ubat Aryan yang demam.

"Tak sampai sejam mereka keluar, adik saya telefon dan bagi tahu mereka kemalangan, saya terus ke tempat kejadian bersama keluarga mertua," katanya sayu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Bakat, di sini, pagi tadi.

Laila menunjukkan gambar suami dan anak-anaknya.
Laila menunjukkan gambar suami dan anak-anaknya.

Laila berkata, kejadian yang berlaku terlalu cepat dan dia tidak percaya keluarganya semua telah tiada.

"Mereka tinggalkan saya seorang," katanya sebak.

Artikel Berkaitan:

Jenazah tiga beranak tersebut selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat pada jam 7 pagi selepas solat jenazah di Masjid Sultan Yahya Petra.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut nahas jalan raya malam tadi

Bapa dan dua anak itu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 1.9 , Jalan Machang-Pasir Puteh di sini pada jam 9.50 malam, tadi.

Laila berkata, suaminya seorang bapa penyayang dan cukup rapat dengan anak-anak malah banyak membantu menguruskan anak-anak ketika dia keluar bekerja.