Kematian penerima dos penggalak 148 kali ganda lebih rendah

Kadar kematian Covid-19 bagi bagi individu yang telah menerima dos penggalak adalah 148 kali ganda lebih rendah berbanding mereka tidak divaksinasi. - Gambar hiasan
Kadar kematian Covid-19 bagi bagi individu yang telah menerima dos penggalak adalah 148 kali ganda lebih rendah berbanding mereka tidak divaksinasi. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar kematian Covid-19 bagi bagi individu yang telah menerima dos penggalak adalah 148 kali ganda lebih rendah berbanding mereka tidak divaksinasi.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr A Mahesh berkata, kadar kematian membabitkan individu yang telah mendapat dua dos vaksin Covid-19 pula adalah 25 kali lebih rendah.

"Dapatkan suntikan vaksinasi dan dos penggalak jika belum," ciapnya di Twitter pada Khamis.

Menerusi hantaran sama, Dr Mahesh turut memuat naik tangkap layar data kematian di dalam negara.

Sebanyak 14.8 peratus kematian pada 12 Januari lalu bagi 100,000 populasi adalah tiada vaksinasi manakala 0.7 peratus bagi individu lengkap dua dos vaksin serta 0.2 peratus bagi mereka yang mengambil suntikan dos penggalak.

Artikel Berkaitan: