Masalah air terawat selesai dalam tempoh empat bulan

Ahmad (kanan) melawat salah satu tangki air di LRA Kampung Telok di sini pada Khamis.
Ahmad (kanan) melawat salah satu tangki air di LRA Kampung Telok di sini pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menjangkakan masalah kegagalan penghasilan air terawat sehingga 30 juta liter sehari (JLH) di Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok dapat diselesaikan dalam tempoh empat bulan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah mengenal pasti punca dan mencadangkan tiga cara untuk mengatasi masalah berkenaan.

Beliau turut dimaklumkan sumber air mencukupi tetapi mempunyai ion yang tinggi dan hanya mencapai 10 JLH,

"AKSB turut mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan masalah itu yang dijangka selesai dalam tempoh empat bulan dari sekarang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan mendengar taklimat berkaitan di LRA Kampung Telok

di sini pada Khamis.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri dan Pengurus Besar AKSB, Datuk Dr Azuhan Mohamed.

AKSB dalam satu makluman memberitahu, mungkin akan melantik pihak ketiga bagi kerja penambahbaikan loji berkenaan sebagaimana Klausa 8 Dokumen Kontrak.

Artikel Berkaitan:

LRA Kampung Telok menyediakan bekalan air ke kawasan perindustrian besar di negeri ini melibatkan kilang utama seperti Rohmwako, Top Glove, Ain Medicare dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.