Lokman Adam diperintah padam hantaran fitnah Ketua Hakim Syarie

Lokman Noor Adam - Foto Bernama
Lokman Noor Adam - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memerintahkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya memadamkan hantaran dan kenyataan di media sosial yang didakwa memfitnah Ketua Hakim Syarie.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendapatkan perintah injunksi sebelah pihak terhadap Lokman selaku defendan.

Ia adalah membabitkan kenyataan yang didakwa menfitnah Mohd Na’im melalui dua hantaran di YouTube dan empat hantaran termasuk dua hantaran video di laman Facebook berhubung gangguan seksual terhadap beberapa wanita.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd Na’im ketika dihubungi pemberita berkata, mahkamah membenarkan permohonan injunksi sebelah pihak (Ex-parte) dengan memerintahkan Lokman (defendan) memadamkan semua hantaran dan kenyataan dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, ketika dalam prosiding yang dijalankan secara Zoom, selain Lokman, mahkamah turut memerintahkan ejen, wakil dan sesiapa sahaja

daripada menerbit, menyiar, berkongsi, menerbitkan semula serta menyiarkan semula hantaran dan kenyataan fitnah itu.

Pada 17 Januari lalu, Mohd Na’im memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang ‘Datin.’

Mohd Na’im, 54, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Artikel Berkaitan: