X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Cap Kaki Tiga beri sumbangan kepada golongan memerlukan

Hong (kiri), menyerahkan sumbangan wang tunai, hadiah Tahun Baharu Cina dan produk Cap Kaki Tiga kepada Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing, Steven (tiga dari kiri).
A
A

SHAH ALAM - Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd (Wen Ken) yang memasarkan jenama Cap Kaki Tiga telah memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan untuk bersama-sama meraikan Tahun Baharu Cina.

Pengurus Pemasarannya, Jason Hong berkata, Cap Kaki Tiga telah memberikan sumbangan kepada warga emas yang menghuni di Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing, Subang Jaya dan anak-anak yatim Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia yang terletak di Jalan Klang Lama.

“Dalam aktiviti amal ini, Cap Kaki Tiga menyumbangkan wang tunai, hadiah Tahun Baharu Cina, Air Penyejuk Badan Cap kaki Tiga dan barangan Cap Kaki Tiga kepada pusat tersebut.

“Selain sumbangan ini, pada masa yang sama, kami juga turut menyerahkan sumbangan yang dibuat oleh pekerja syarikat kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hong, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing telah ditubuhkan pada tahun 2016. Pusat ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhususkan dalam mengambil dan melindungi warga emas yang terbiar, didera, bermasalah mental dan tidak berdaya.

Hong (kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai, rhadiah Tahun Baharu Cina dan Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga kepada Penyelia Victory Children Home, Loh (kiri).
Hong (kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai, rhadiah Tahun Baharu Cina dan Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga kepada Penyelia Victory Children Home, Loh (kiri).

“Mereka adalah golongan yang tidak diendahkan oleh masyarakat. Pusat ini memerlukan bantuan makanan, wang dan barangan keperluan harian.

“Sehingga hari ini, seramai 30 warga emas tinggal di rumah jagaan ini. Kebanyakan warga emas adalah bujang, tanpa saudara mara dan tanpa sokongan serta sebahagian daripada mereka masih sakit dan memerlukan penjagaan rapi dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Hong berkata, Victory Children Home menempatkan seramai 28 kanak-kanak.

Hong berkata, Cap Kaki Tiga adalah jenama utama Kumpulan Wen Ken yang diasaskan pada tahun 1937.

“Sebagai syarikat yang mementingkan tanggungjawab sosial, Cap Kaki Tiga bertekad untuk meneruskan usaha untuk memupuk semangat muhibah dan membawa kegembiraan kepada bangsa dan masyarakat,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!