Lebih 120,000 polis lengkap divaksinasi

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 122,202 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, seramai 32,652 pegawai dan anggota polis telah menerima dos penggalak setakat 18 Januari lepas.

"Semoga dengan usaha ini, dapat melindungi warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) daripada risiko jangkitan wabak Covid-19 ketika melakukan tugas dan memutuskan rantaian wabak itu.

"Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengurusan kerana usaha berterusan memastikan warga PDRM dilindungi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi laman Facebook rasmi PDRM sempena perhimpunan bulanan KPN di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, PDRM menggariskan tiga fokus sepanjang 2022 iaitu untuk memperkasakan integriti warga PDRM, berkhidmat untuk masyarakat dan mensejahterakan keamanan negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: