Portugal siasat pemilik kelab Chelsea

Roman Abramovich - Foto AFP
Roman Abramovich - Foto AFP
A
A
A

LISBON - Pemilik kelab bola sepak Chelsea yang juga bilionair Rusia, Roman Abramovich disiasat pihak berkuasa Portugal berhubung isu kerakyatan beliau.

Siasatan sedang dilakukan Pejabat Pendakwa Raya Lisbon, kata seorang jurucakap tanpa memberikan keterangan lebih lanjut

Ia dilakukan sebagai tambahan kepada siasatan dalaman oleh Institut Daftar dan Pengesahan (IRN) yang memberikan kewarganegaraan Portugal kepada Abramovich pada April lalu.

Beliau sebelum ini mendapat manfaat daripada undang-undang yang diluluskan oleh Portugal pada tahun 2013 yang membenarkan semua keturunan Yahudi Sephardic untuk mendapatkan kewarganegaraan Portugal.

Penduduk Yahudi Sephardic sebelum ini telah dianiaya dan diusir pada akhir abad ke-15 dari negara berkenaan.

Bilionair itu juga telah diberikan kerakyatan Israel.

Beliau dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai lebih AS$14 bilion (RM58.61 bilion), menurut Forbes. - Agensi

Artikel Berkaitan: