Covid-19: Dua sekolah di Negeri Sembilan ditutup

S Veerapan
S Veerapan
A
A
A

SEREMBAN - Dua buah sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup bagi tujuan sanitasi susulan terdapat kes positif Covid-19.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir di Seremban dan Sekolah Menengah Agama Nilai di Nilai.

Menurutnya, kes di SMS Tuanku Munawir mula dikesan pada 17 Januari dan daripada 227 individu disaring, 56 didapati positif Covid-19 manakala 171 individu adalah negatif.

"Individu yang dikesan positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Veerapan berkata, bagi Sekolah Menengah Agama Nilai pula terdapat 13 kes positif Covid-19 direkodkan menerusi Kluster Jalan Ban Aik 2.

Katanya, kes bagi kluster berkenaan direkodkan dalam saringan bergejala pada 13 Januari dan kesemua yang positif adalah terdiri daripada pelajar sekolah.

"Seramai 57 individu di sekolah ini telah disaring dan 44 individu adalah negatif.

"Mereka yang positif Covid-19 telah dihantar ke PKRC Tampin rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: