X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Nilai ringgit pulih, dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Khamis. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit kembali pulih dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada urus niaga pagi Khamis selepas mata wang AS menyusut di tengah-tengah kemunculan mod risiko dalam pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.

Pada jam jam 9.05 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1855/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1925/1950 pada penutup Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, hasil 10 tahun Perbendaharaan AS bergerak lebih rendah kepada 1.83 peratus malam Rabu, manakala indeks penanda aras ekuiti utama AS pula merosot.

Justeru buat masa ini, pergerakan dolar AS/ringgit dilihat berlegar sedikit di bawah daripada paras rintangan iaitu RM4.1958.

Beliau turut menambah peserta pasaran dijangka memberi perhatian kepada perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

"Kebanyakan pakar ekonomi meramalkan tiada perubahan pada masa kini kepada paras kadar dasar semalaman (OPR) 1.75 peratus," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, walaupun ia telah diambil kira, pasaran mahu melihat penilaian jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi semasa khususnya inflasi dan bagaimana ia boleh menjejaskan dasar monetari pada masa hadapan.

"Oleh itu, adalah dijangkakan mata wang tempatan akan berada dalam julat yang ketat hari ini," tambahnya.

Pada paras pembukaan, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit disebut harga tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1075/1096 daripada penutup Rabu 3.1086/1095 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7510/7538 daripada 4.7553/7575 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.7019/7053 daripada 5.7018/7036 dan susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.6622/6647 daripada 3.6600/6625. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!