Dua kelab Myanmar tarik diri saingan Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC

No Image Caption
A
A
A

SHAN United dan Hantharwady United masing-masing dari Myanmar menarik diri daripada Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC musim ini, kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Rabu.

Bagaimanapun badan induk bola sepak Asia itu tidak memberikan alasan untuk penarikan diri dua kelab sensasi negara tersebut.

Kedua-dua kelab tidak menyertai pertandingan itu pada 2021 disebabkan iklim politik di Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera.

Shan United sepatutnya mengambil bahagian dalam pusingan awal Liga Juara-Juara manakala Hantharwady United diundi dalam Kumpulan I Piala AFC.

Artikel Berkaitan: