Kejuaraan B-23 AFF 2022: Myanmar ujian pertama Harimau Muda

Jadual Harimau Muda di Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh.
Jadual Harimau Muda di Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh.
A
A
A

LALUAN berliku menanti skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara kendalian Brad Maloney dalam saingan peringkat Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja yang menyingkap tirai pada pertengahan bulan depan.

Pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, anak buah Maloney akan berdepan Myanmar pada 15 Februari yang boleh disifatkan perlawanan wajib menang bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

Laos menjadi lawan seterusnya skuad pelapis negara pada 18 Februari sebelum melengkapkan jadual kumpulan menentang jagoan Asia Tenggara yang juga juara bertahan Indonesia pada 21 Februari.

Untuk rekod, Kejuaraan B-23 AFF 2022 dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo dan Stadium Prince di Phnom Penh.

Pada edisi 2019 yang berlangsung di Phnom Penh sebelum ini, Harimau Muda B-22 dikendalikan Datuk Ong Kim Swee yang menyaksikan Maloney sebagai penolong jurulatih menamatkan kempen di kedudukan tempat ketiga Kumpulan B.

Harimau Muda yang bermula langkah kiri selepas tewas 0-1 kepada Kemboja pada aksi pertama, bangkit mengikat Indonesia 2-2 pada perlawanan kedua sebelum kembali tewas 1-0 kepada Myanmar pada aksi terakhir kumpulan B, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Kejuaraan Kemboja 2019 itu dimenangi Indonesia selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi final.

INFO

Artikel Berkaitan:

Kejuaraan B-23 AFF 2022

Kumpulan A

Kemboja

Timor-Leste

Filipina

Brunei

Kumpulan B

Malaysia

Indonesia

Myanmar

Laos

Kumpulan C

Thailand

Vietnam

Singapura