Terbuka Australia: Osaka akui permulaan goyang

Naomi Osaka
Naomi Osaka
A
A
A

PENYANDANG juara Naomi Osaka mengakui gembira dapat menebus kesilapan pada set kedua untuk menewaskan Madison Brengle dari Amerika Syarikat 6-0, 6-4 sekali gus mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia.

Kemenangan itu juga membolehkan pemain berusia 24 tahun yang berstatus nombor 13 dunia tersebut berada di landasan terbaik berdepan Ash Barty di pusingan keempat kejuaraan tersebut.

Pemain Jepun yang juga pemenang kejuaraan edisi Melbourne Park pada 2019, akan berdepan pemain Amerika Syarikat yang berada di ranking ke-60 Amanda Anisimova, manakala Barty yang mudah mengatasi pemain kelayakan Lucia Bronzetti 6-1, 6-1 sebelum ini akan menentang bintang Itali, Camila Giorgi.

"Sejujurnya ini perlawanan yang saya amat diperlukan apabila bersaing di pentas Grand Slam, iaitu memikirkan cara kembali bangkit melawan dalam tempoh masa yang sangat genting.

"Saya sebenarnya agak tergesa-gesa dalam permainan dan anda boleh katakan saya agak goyah. Saya melakukan kesalahan berganda yang tidak sepatutnya pada perlawanan ini.

"Saya cuba mengetepikan itu dan bangkit selepas itu, dan saya percaya telah melakukannya dengan cukup baik di sana," kata Osaka.

Artikel Berkaitan: