Peng Soon-Valeree bermula garang

Peng Soon-Valeree kembali membuktikan keserasian di kejuaraan Antarabangsa India di Lucknow pada Rabu. - Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
Peng Soon-Valeree kembali membuktikan keserasian di kejuaraan Antarabangsa India di Lucknow pada Rabu. - Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

CHAN Peng Soon-Valeree Siow kembali membuktikan keserasian apabila melangkah bergaya ke pusingan kedua kejuaraan Antarabangsa India di Lucknow, India pada Rabu.

Gandingan beregu campuran negara itu yang tampil dengan status pilihan kelima kejohanan tidak berdepan masalah untuk menjinakkan pemain tuan rumah, Santosh Gajendran-Deethya Jagadish 21-16, 21-13 dalam aksi 22 minit.

Kemenangan itu membolehkan Peng Soon-Valeree berdepan satu lagi pasangan tuan rumah, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda bagi perebutan slot ke suku akhir pada Khamis.

Sementara itu, nasib berbeza dilalui dua pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan pemain profesional, Soong Joo Ven ketika menyingkap tirai kempen pusingan pertama masing-masing.

Hasrat Tze Yong untuk meneruskan momentum positif selepas kejuaraan Terbuka India baru-baru ini tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama selepas difahamkan kurang sihat.

Keputusan itu menyaksikan lawan pemain berusia 21 tahun dari Johor itu, Adulrach Namkul dari Thailand diberikan kemenangan percuma untuk melangkah ke pusingan kedua.

Joo Ven pula tidak berdepan masalah untuk menjinakkan pemain tuan rumah S Sankar Muthusamy Subramanian dari India 21-18, 21-15 dalam aksi yang berlangsung 41 minit.

Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang tampil dengan status pilihan kedua pula mengambil masa 29 minit turut mara ke pusingan seterusnya selepas menjinakkan pemain tuan rumah Pratik Ranade-Kanika Kanwal, 21-14, 21-12.

Artikel Berkaitan:

Turut mara, gandingan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang berstatus pilihan kelapan kejohanan apabila menewaskan Ravi-Chirag Arora 21-10, 21-6 dalam aksi 22 minit.