‘Letak kesetiaan, ketaatan hanya kepada agama Islam’

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

SHAH ALAM – Seseorang Muslim seharusnya meletakkan segala kesetiaan dan ketaatan hanya kepada agama Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Tegasnya, seseorang itu juga perlu berlepas diri (bara’ah) daripada sebarang unsur-unsur yang mengiktiraf agama lain.

“Sebagai Muslim, kita meletakkan segala kesetiaan dan ketaatan hanya kepada agama Islam dan berlepas diri (bara’ah) daripada sebarang unsur-unsur yang mengiktiraf agama lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, tular satu poster Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia dengan memetik ayat 13 surah al-Hujurat.

Tindakan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk para tokoh agama yang menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Antara tokoh yang menentang idea sambutan tersebut, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Dr. Kamilin Jamilin dan Pakar Akidah, Dr. Aizam Mas’ud.

Artikel Berkaitan: