97.3 peratus KIR berdaftar di PPS sudah terima BWI

Sebanyak 97.3 peratus KIR yang berdaftar di PPS ketika gelombang banjir pertama menerima bayaran BWI setakat Rabu.
Sebanyak 97.3 peratus KIR yang berdaftar di PPS ketika gelombang banjir pertama menerima bayaran BWI setakat Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 29,643 atau 97.3 peratus daripada 30,461 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika gelombang banjir pertama telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat Rabu.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan hari pembayaran BWI di Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WP), Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan telah pun selesai.

Dalam kenyataan yang sama Nadma memaklumkan agihan BWI di Pahang dan Selangor masing-masing sudah mencapai 97.1 peratus dan 97 peratus.

"Daripada 6,118 KIR yang berdaftar di PPS ketika banjir gelombang kedua, seramai 3,505 (57.3 peratus) KIR telah menerima BWI," menurut Nadma.

Sementara itu, seramai 118,837 KIR telah didaftarkan layak untuk menerima BWI melibatkan 105,134 KIR yang terkesan bencana banjir gelombang pertama manakala 13,703 KIR lagi terkesan gelombang kedua.

Nadma turut memaklumkan, bagi Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) seramai 7,372 (9.1 peratus) KIR daripada 80,726 KIR yang telah didaftarkan telah menerima bayaran dengan Melaka menjadi negeri pertama selesai 100 peratus agihan diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 94 peratus.

"Bagi Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan bagi bantuan Pembaikan Rumah Maksimum RM5,000 pula seramai 13 KIR daripada 439 KIR yang didaftarkan telah menerima BBKA," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: