X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Raja Muda Selangor berkenan sertai misi bantuan pasca banjir

Tengku Amir Shah (dua kanan) berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sungai Lui, pada Rabu.
A
A

HULU LANGAT - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sungai Lui di sini.

Penyerahan sumbangan bantuan sempena Misi Bantuan Pasca Banjir itu dianjurkan UMW Toyota Motor dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).

Pada majlis berkenaan, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lui dan meluangkan masa bersama murid-murid.

Pengarah program misi bantuan tersebut, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, UMW Toyota Motor melakukan apa yang termampu untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh komuniti.

Menurutnya, kerja-kerja pasca banjir juga mencabar apabila fokus lebih tertumpu kepada aktiviti pembersihan rumah, pembuangan sisa-sisa sampah, dan pemulihan semula infrastruktur.

"Diharap dengan kehadiran kami dan pasukan Yayasan Raja Muda Selangor serba sedikit dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas pada Disember lalu.

"Kami juga berharap dengan sumbangan diberikan dapat memberi harapan, semangat dan sinar baharu kepada anak-anak di sekolah ini," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, Dato Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat dan Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr Aini Ahmad serta Guru Besar SK Sungai Lui, Azril Sham Mohamed.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!