Tanah KPM jadi penempatan haram, pembuangan sampah

Keadaan di lokasi pembuangan sampah haram di BK8 yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram.
Keadaan di lokasi pembuangan sampah haram di BK8 yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram.
A
A
A

PUCHONG - Tanah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Bandar Kinrara (BK) 8 di sini diceroboh dan dijadikan penempatan haram pekerja binaan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk setempat yang memaklumkan tanah kosong itu turut dijadikan tapak pembuangan sampah haram.

Menurut beliau, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah mengeluarkan notis pengosongan pada 13 Januari dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) turut menyita kawasan itu.

"Namun aktiviti pembuangan sampah haram terdiri sisa pembinaan dilaporkan terus berlaku," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.

Tanda amaran dipasang bagi mengelakkan pencerobohan.
Tanda amaran dipasang bagi mengelakkan pencerobohan.

Beliau berkata, MBSJ melalui Ahli Majlis kawasan (MPP Zon 18) Mehanathan telah mengatur pertemuan dengan Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MBSJ, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling serta pegawai polis di daerah Serdang pada Rabu.

"MBSJ telah membina saluran longkang bagi menghalang akses lori dan kenderaan berat daripada memasuki kawasan tersebut.

"Mesyuarat susulan KPM akan dilaksanakan untuk mengatasi isu ini kerana tapak tersebut hak milik KPM, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Tanah milik KPM dijadikan tapak pembuangan sampah haram.
Tanah milik KPM dijadikan tapak pembuangan sampah haram.

Beliau turut berterima kasih kepada penduduk yang mengambil berat mengenai isu pembuangan sampah haram.