Tiga kelasi maut dalam letupan di kapal tentera laut India

Foto- The Quint
Foto- The Quint
A
A
A

NEW DELHI - Letupan di sebuah kapal tentera laut India pada Selasa mengorbankan tiga anak kapalnya.

Kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir itu sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai ketika letupan berlaku.

"Krew kapal bertindak pantas mengawal keadaan. Tiada kerosakan material besar dilaporkan," kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Kapal itu ditugaskan bersama Markas Timur Tentera Laut sejak November tahun lalu dan dijangka kembali ke pelabuhan pangkalannya tidak lama lagi, tambahnya.

Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui punca letupan.

Sebelas anak kapal cedera dalam insiden itu, yang berlaku di ruang dalaman kapal, lapor media India.

INS Ranvir, yang dibina di bekas Kesatuan Soviet, mula digunakan pada April 1986, menurut maklumat di laman web tentera laut. - Bernama

Artikel Berkaitan: