Ghana dimalukan Comoros

Pemain Comoros meraikan kemenangan pasukan ketika menewaskan Ghana 3-2 dalam aksi Kumpulan C di Garoua awal pagi Rabu.
Pemain Comoros meraikan kemenangan pasukan ketika menewaskan Ghana 3-2 dalam aksi Kumpulan C di Garoua awal pagi Rabu.
A
A
A

PENGENDALI Comoros, Amir Abdou memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya apabila berjaya menewaskan Ghana 3-2 dalam aksi Kumpulan C di Garoua awal pagi tadi.

Menurut Amir, beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pasukannya pada perlawanan tersebut selain pemain berjaya memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada perlawanan lepas

"Kami berpuas hati dengan corak permainan kami. Kami kekal dengan perancangan awal dan kami banyak belajar daripada kesilapan perlawanan sebelumnya.

"Pada perlawanan ini, kami tidak memperlahankan rentak selepas Ghana menyamakan kedudukan. Kami sentiasa percaya yang kami mampu merakam kemenangan istimewa buat negara.

"Saya juga memasukkan penyerang dengan harapan untuk menjaringkan gol ketiga dan keputusan saya membuahkan hasil. Sekarang kami perlu tunggu untuk melihat sekiranya kami layak ke pusingan seterusnya," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Comoros terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi penyerang, El Fardou Ben

Nasib malang menimpa Black Stars terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten mereka, Andre Ayew dibuang padang pada minit ke-25.

Bagaimanapun, Ghana berjaya bangkit dengan dua jaringan pada babak kedua, sebelum dua gol penyerang Comoros, Ahmed Mogni mengesahkan kemenangan The Coelacanths.

Artikel Berkaitan:

Keputusan tersebut menyaksikan Comoros yang mewakili negara kepulauan di tenggara Afrika, menduduki tempat ketiga dan perlu menunggu sehingga esok untuk mengetahui sama ada layak dalam kalangan empat pasukan terbaik di tempat ketiga.