Satu daripada setiap lima rakyat Amerika dijangkiti Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti Covid-19 sejak ia mula dikesan di negara itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kata Xinhua.

Sejumlah lebih 66,000,000 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh AS pada Selasa, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS.

Lebih 851,000 kematian Covid-19 dilaporkan di negara ini setakat Selasa.

AS menyaksikan lonjakan Covid-19 baharu sejak pertengahan Disember disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

Negara itu kini mencatatkan purata hampir 800,000 kes Covid-19 baharu dan hampir 1,800 kematian baharu setiap hari, meningkat dengan ketara minggu demi minggu, menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. - Bernama

Artikel Berkaitan: