Penjaja digalak carum Perkeso

Mohamad Rozlan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Zaquan Jamaluddin, 30, yang melecur tersimbah minyak panas ketika kejadian ribut yang berlaku di Bandar Meru Raya.
Mohamad Rozlan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Zaquan Jamaluddin, 30, yang melecur tersimbah minyak panas ketika kejadian ribut yang berlaku di Bandar Meru Raya.
A
A
A

IPOH - Golongan penjaja dan peniaga kecil digalak mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi membantu golongan tersebut jika ditimpa kemalangan.

Pengarah Sekretariat Usahawan Perak (STeP), Mohamad Rozlan Mohamad Razalli berkata, caruman tersebut boleh dibuat melalui persatuan atau dilakukan sendiri oleh penjaja.

Menurutnya, melalui caruman tersebut, penjaja dan peniaga tidak perlu bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini kerana terdapat bantuan yang disediakan kepada pencarum.

"Sebenarnya ada satu skim yang diperkenalkan Perkeso melalui persatuan atau mencarum sendiri, ada sumbangan khas kepada penjaja. Apabila mereka mencarum, jika ditimpa musibah mereka akan ada sedikit bantuan terus daripada kerajaan.

"Jadi saya sarankan penjaja mencarum atau melihat inisiatif yang dibuat oleh kerajaan melalui Perkeso ini. Selain itu, ada juga inisiatif kerajaan yang lain bagi membantu usahawan," katanya kepada pemberita selepas melawat penjaja dan peniaga kecil yang menjadi mangsa bencana ribut di Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.

Sementara itu, Mohamad Rozlan berkata, pihaknya melihat penjaja dan peniaga kecil di kawasan Bandar Meru Raya boleh berkembang dengan lebih baik berikutan kedudukan strategik bandar tersebut.

Beliau berkata, bagaimanapun beberapa isu perlu dilihat dan ditangani menerusi perbincangan untuk memastikan potensi kawasan tersebut kepada peniaga serta penjaja kecil.

"Lokasi di sini amat strategi cuma terdapat beberapa isu yang kita kena lihat. Mungkin ada baiknya kita buat perbincangan balik. Lokasi sedia ada mungkin boleh ditambah baik bukan sahaja untuk peniaga tetapi pengunjung

Artikel Berkaitan:

"Jadi itu akan dapat menaikkan lagi imej bandar raya dan imej penjaja di sini memandangkan Bandar Meru Raya ini menjadi tumpuan ramai," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Rozlan turut menyampaikan sumbangan peribadi Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin kepada usahawan yang terjejas akibat bencana ribut.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan sebanyak 10 peniaga terjejas selepas khemah perniagaan mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu juga, seorang peniaga turut cedera selepas melecur tersimbah minyak panas pada bahagian kaki.