Tuchel tidak bimbang dengan tindakan Ziyech

Tuchel - foto Getty Images
Tuchel - foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel tidak risau tindakan Hakim Ziyech yang enggan meraikan jaringan untuk Chelsea ketika seri 1-1 menentang Brighton pada Selasa.

Tuchel tidak risau dengan reaksi Ziyech itu yang dilihat seolah merajuk sebagai tanda respons terhadap kritikan terhadap barisan serangan Chelsea hujung minggu lalu.

"Saya gembira dengan persembahannya (Ziyech). Saya tidak ada masalah sekiranya dia jaring 20 gol tanpa meraikannya.

"Ini merupakan perkara biasa kalau mereka cakap mereka tidak gembira dan tidak suka sekiranya kami mengatakan kami mahu memberikan aksi yang lebih lagi," kata Tuchel.

Pada perlawanan tersebut, The Blues berjaya mendahului perlawanan menerusi rembatan Ziyech di luar kotak penalti pada babak pertama namun Adam Webster menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Keputusan seri itu menyaksikan memanjangkan rekod tanpa kemenangan Chelsea dalam liga kepada empat perlawanan dan kini berada di tangga ketiga, ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Manchester City setelah bermain lebih satu perlawanan.

Dalam pada itu, Tuchel mengakui pasukannya ketika ini letih secara fizikal dan mental selepas dihukum untuk bermain 15 perlawanan sejak awal Disember.

"Kami telah bermain tanpa henti sejak November lalu.Kami perlu mengecas semula 'bateri' sekiranya mahu beraksi dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Anda boleh lihat reaksi pemain ketika menjaringkan gol, mereka penat. Bagaimanapun kami lega dapat menjaringkan gol.

"Kami akan menggunakan hari Jumaat dan Sabtu untuk bersiap sedia menghadapi Tottenham pada Ahad," katanya.

Bagi pengurus Brighton, Graham Potter tidak terkejut sekiranya pasukan yang berada di tangga kesembilan itu berjaya menang menentang Chelsea pada perlawanan tersebut.

"Saya sangat berbangga dengan pemain. Ia adalah persembahan yang hebat. Mereka memberi diri mereka peluang untuk menang, tetapi ia tidak menjadi. Penyokong menghargai cara mereka bermain. Kami mengambil keputusan dan bergerak ke hadapan," katanya.