Tawaran hebat buku Nota My #QuranTime

Anis Syamila
Anis Syamila
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2022 kembali lagi bagi bertemu pelanggan setia setelah lebih dua tahun tidak diadakan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Penolong Pengurus Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Anis Syamila Abdul Halim berkata, pengunjung terutamanya penggemar buku tempatan tentunya teruja kerana tawaran diskaun yang diberikan tidak hanya terhad pada penjualan buku semata-mata malah, turut merangkumi novel, buku-buku Islamik, buku motivasi dan alat-alat tulis.

“Lagi satu kita ada buku iaitu Nota My #QuranTime. Buku ini telah terjual lebih daripada 100,000 naskhah, cuma buku ini kita tidak pernah buat diskaun.

“Jadi ini merupakan kali pertama kita membuat tawaran diskaun untuk buku ini.

“Harga asal buku tersebut adalah RM30 tetapi pembeli boleh membeli lima buah buku tersebut dengan hanya RM125,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anis Syamila berkata, buku tersebut merupakan manuskrip daripada program My #QuranTime yang disiarkan di TV Alhijrah daripada siri pertama sehingga ke-30.

“Buku ini dikeluarkan pada setiap satu atau dua bulan, dan setiap muka surat membincangkan setiap satu ayat dalam al-Quran.

“Jadi ia memang sesuai untuk pembaca yang betul-betul belajar al-Quran kerana (kandungannya) memang terperinci, pada masa yang sama ada nota ringkas untuk kita faham,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut Anis Syamila, program yang akan berlangsung dari 21 hingga 30 Januari depan itu turut memberi kopi percuma kepada 100 pembeli terawal.

“Untuk kali ini, 100 pembeli terawal yang membeli dengan minimum RM50 akan mendapat kopi secara percuma.

“Kiranya, 100 cawan (kopi percuma) akan diberi setiap hari selama 10 hari,” menurutnya.

Tambahnya, jualan gudang pada tahun ini memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terkawal dan proses sanitasi dilakukan secara berkala.

Jelasnya, pelaksanaan itu dilakukan bagi memastikan pengunjung lebih yakin dan selamat untuk mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf yang bertempat di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

“Kita sangat mengharap agar orang ramai dapat kembali semula ke Karangkraf sebab sudah lebih daripada dua tahun kita tidak berjumpa dengan pelanggan setia kami.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada (pelanggan) yang bertanya bila ingin mengadakan jualan gudang.

“Cuma untuk kali ini, kita harap ramai yang datang tetapi pada masa yang sama tetap menjaga SOP yang ditetapkan,” jelasnya.