X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Pemilihan PSM: Pilih yang layak, sesuai - Abdul Puhat

ABDUL PUHAT
A
A

“KITA pilih siapa yang layak dan sesuai untuk menerajui Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).”

Itu reaksi Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang berharap pemilihan kepimpinan baharu PSM bulan depan dapat mengakhiri kemelut berpanjangan yang melanda badan induk itu.

“Saya seperti ahli gabungan dan bersekutu PSM lain tidak lain tidak bukan hanya mengharapkan hasil daripada pemilihan kepimpinan baharu ini akan memberi nafas baharu dalam usaha mengembalikan semula imej sukan warisan negara ini di peringkat antarabangsa.

“Perbalahan sebelum ini tidak hanya merugikan pembangunan akar umbi sukan sepak takraw itu sendiri, tetapi juga menyebabkan Malaysia terkebelakang berbanding dengan seteru kita seperti Thailand.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan kepimpinan baharu PSM selepas pemilihan tersebut antaranya menyelesaikan isu dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

“Malaysia bakal mengharungi tiga temasya besar pada 2022 bermula dengan Sukan SEA Vietnam (Mei), Sukan Komanwel Birmingham (Julai) dan Sukan Asia Hangzhou (September),” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Pencalonan bagi pemilihan kepimpinan baharu sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) PSM akan dibuka dua minggu sebelum pemilihan 12 Februari depan manakala tarikh tutup pengesahan calon-calon ialah seminggu sebelum itu.

Untuk rekod, jawatan nombor satu PSM itu kosong selepas Datuk Seri Ahmad Ismail melepaskan jawatannya pada 4 Jun lalu susulan badan induk sepak takraw negara tersebut terpalit isu dengan ASTAF.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini, Abdul Puhat menjawab: “Fokus saya ketika ini adalah memberi perhatian terhadap pembangunan akar umbi sepak takraw di Perak.”


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!