June Wei mula kempen langkah kanan

Cheam June Wei
Cheam June Wei
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional negara, Cheam June Wei memulakan kempen Kejuaraan Antarabangsa India dengan langkah kanan apabila berjaya menjinakkan pemain Kanada, Xiaodong Sheng di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das pada Selasa.

Biarpun begitu, pemain dari Pulau Pinang berusia 24 tahun itu terpaksa akur pada set pertama apabila tewas 19-21 kepada lawan yang berstatus pilihan ke-68 dunia sebelum bangkit set kedua 22-20.

Pada set penentuan, June Wei yang berstatus ke-72 dunia seakan mendapat tonik meneruskan rentak cemerlang untuk mengatasi lawan 21-17 dalam aksi selama 1 jam empat minit tersebut.

Sementara itu, pilihan kelima kejuaraan, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien tidak berdepan masalah untuk menang mudah dalam aksi 37 minit ke atas rakan senegara, Go Pei Kee-Yap Ling 21-15, 21-12 dalam acara beregu wanita.

Dalam pada itu, hasrat gandingan Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri untuk mara ke peringkat seterusnya tidak kesampaian apabila tewas dalam aksi tiga set kepada wakil tuan rumah, Ishaan Bhatnagar-K Sai Pratheek 18-21, 21-19, 17-21 yang mengambil masa satu jam tiga minit.

Artikel Berkaitan: