Belanda temui mayat kanak-kanak hilang

Operasi pencarian secara besar-besaran dilancarkan Belanda dan Belgium sejak beberapa hari lalu untuk menjejaki Dean Verberckmoes. - Foto Agensi
Operasi pencarian secara besar-besaran dilancarkan Belanda dan Belgium sejak beberapa hari lalu untuk menjejaki Dean Verberckmoes. - Foto Agensi
A
A
A

LA HAYE - Polis Belanda pada lewat Isnin menemui mayat seorang kanak-kanak warga Belgium berusia empat tahun yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu hingga mencetuskan misi pencarian secara besar-besaran di Amsterdam dan Brussels.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan penemuan mayat Dean Verberckmoes dibuat di Neeltje Jans, selatan wilayah Zeeland selepas penahanan seorang lelaki warga Belgium, Dave De K, 34, di Meerkerk, selatan Utrecht.

Lelaki itu pernah menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana disabit bersalah mendera kanak-kanak hingga mangsa meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan Verberckmoes dilihat kali terakhir di bandar Sint Niklaas berhampiran Antwerp pada Rabu lalu bersama De K yang sepatutnya membawa mangsa bertemu datuk dan neneknya.

Operasi pencariannya dibuat setelah amaran Amber atau amaran kecemasan penculikan kanak-kanak dikeluarkan pihak berkuasa. - AFP

Artikel Berkaitan: