Pencemaran Sg Kim Kim: Rakyat tak tenteram

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled
A
A
A

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ketika sidang media, kelmarin.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, kenyataan Osman berhubung kejadian yang berlaku itu menunjukkan sikap keangkuhan dan penafian diri.

"Bila berlakunya insiden ini, perlu adanya maklumat dari semasa ke semasa kepada rakyat diberi jaminan sisa toksik di sungai sedang dilakukan.

"Tidak ada satu pun cara berkala. Tiada pengumuman dari semasa ke semasa. Rakyat kini dalam keadaan tidak tenteram," katanya.

Mohamed Khaled turut membidas ketidaksegeraan Kerajaan Johor bertindak menangani kes pembuangan sisa kimia termasuklah pembersihan sungai.

"Ada tak dibuat penilaian serta ditimbangkan usaha untuk menyelesaikan masalah ini?

"Kenapa kerajaan negeri menyatakan perkara ini tidak serius sehingga setiap hari, ada penambahan mangsa di Pasir Gudang?," katanya.

Beliau berkata, pembangkang juga mempersoalkan mengapa cara menangani masalah itu sehingga mengambil masa yang lama.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mengambil kesempatan untuk bermain politik kerana bila-bila sahaja bencana ini boleh berlaku di Pasir Gudang atau di tempat lain sekali lagi. Belajarlah dari pengalaman," katanya.