Sambutan Thaipusam tenang, lancar

Anggota FRU menjalankan pemantauan di sekitar kuil berkenaan. Gambar kecil: Rosman Kasman
Anggota FRU menjalankan pemantauan di sekitar kuil berkenaan. Gambar kecil: Rosman Kasman
A
A
A

GOMBAK - Sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves berjalan lancar walaupun dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, perayaan berkenaan disambut tenang tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Lebih kurang 100 anggota ditempatkan di sini yang bertugas secara bergilir-gilir dalam beberapa syif. Semua berjalan lancar setakat ini dan kita akan berada di sini sampai esok," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan perayaan tersebut disambut secara sederhana di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu saban tahun.

Di samping itu, pihak pengurusan kuil turut membuat keputusan untuk tidak menjalankan upacara 'kavadi' dan mengehadkan sehingga 9,000 pengunjung sahaja untuk masuk ke kuil berkenaan.

Turut hadir di kuil berkenaan ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique bagi meninjau situasi semasa sambutan hari Thaipusam kali ini.

Artikel Berkaitan: