Sudah tiba masa Kelantan kembali jadi pasukan digeruni: Jurulatih

Syamsul
Syamsul
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan United FC (KUFC) Syamsul Saad melaungkan amaran bahawa sudah tiba masa pasukan bimbingannya kembali menjadi antara kuasa bola sepak tanah air dengan meraih banyak gelaran dalam saingan liga tempatan dan beraksi di pentas antarabangsa.

Jurulatih kelahiran Taiping, Perak itu berkata, beliau mahu mencipta kejayaan itu dan misi utamanya ketika ini adalah membawa pasukan KUFC layak beraksi dalam kempen Liga Super musim depan.

"Sebagai jurulatih sudah tentu saya mahu mencipta sesuatu kejayaan apabila diberi kepercayaan untuk melatih pasukan KUFC.

"Saya mahu tiupkan semula semangat juang yang tinggi kepada pemain-pemain dan kembalikan zaman kegemilangan Kelantan seperti suatu ketika dahulu sehingga digeruni pasukan lawan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, beliau akan menggunakan taktikal bola sepak moden dalam memastikan sasaran berada dalam kedudukan empat teratas saingan Liga Premier musim ini dapat dicapai.

"Sasaran itu tidak memberi tekanan sebaliknya ia sebagai cabaran kepada saya walaupun kami pasukan yang memperuntukkan bajet kecil untuk persiapan pemain. Saya akan menggunakan sepenuhnya tenaga pemain muda untuk mencapai sasaran ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: