Warga emas cuba seludup PATI ditahan

Seorang warga emas dipercayai tekong darat antara enam yang ditahan dalam serbuan di Taman Berkat, Sabak Bernam di sini pada Isnin.
Seorang warga emas dipercayai tekong darat antara enam yang ditahan dalam serbuan di Taman Berkat, Sabak Bernam di sini pada Isnin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang warga emas berusia 64 tahun dipercayai tekong darat ditahan dalam serbuan di Taman Berkat di sini ketika cuba menyeludup keluar empat pendatang asing tanpa izin (PATI) pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki tempatan tersebut cuba menghantar dua lelaki dan dua wanita berusia antara 13 hingga 45 tahun kepada tekong laut semasa diserbu.

"Pemeriksaan mendapati kesemua individu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai ingin pulang ke negara asal melalui laluan yang tidak diwartakan menggunakan jalan laut.

"Siasatan lanjut polis telah menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 51 tahun yang bertindak sebagai penghubung kepada tekong laut berhampiran lokasi kejadian,"katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan dan sejumlah wang tunai berjumlah RM8,380 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM23,380.

Menurutnya, kesemua tangkapan akan menjalani ujian calitan Covid-19 untuk mengelak penularan wabak tersebut di kalangan pesalah dan anggota polis.

Rizal berkata, kes tersebut disiasat mengikut Akta Imigresen 1963 dan suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," ujarnya.

Artikel Berkaitan: