Kerajaan, Suhakam kerjasama tangani pelanggaran hak asasi

Wan Junaidi (lima dari kiri) dan Othman (lima dari kanan) bersama delegasi Suhakam pada pertemuan yang diadakan pada Isnin.
Wan Junaidi (lima dari kiri) dan Othman (lima dari kanan) bersama delegasi Suhakam pada pertemuan yang diadakan pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam menangani sebarang isu pelanggaran hak asasi yang berlaku di negara ini.

Perkara itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada pertemuan dengan delegasi Suhakam yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Othman Hashim pada Isnin.

Dalam kenyataan, Wan Junaidi memaklumkan, pertemuan tersebut merupakan bukti iltizam kerajaan Persekutuan yang terus menerus membantu Suhakam sejak penubuhannya pada tahun 1999.

"Kerajaan juga akan membantu Suhakam dalam mempromosi hak asasi manusia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan acuan negara kita demi kesejahteraan rakyat," katanya pada Selasa.

Menurutnya, pertemuan itu adalah bagi membincangkan Hal Ehwal Suhakam berkenaan perancangan Laporan Tahunan Suhakam, cadangan pindaan Akta Suhakam 1999 [Akta 597] dan perkembangan terkini mengenai National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR) serta National Human Rights Action Plan (NHRAP).

Suhakam juga telah membentangkan cadangan-cadangan penambahbaikan institusi penguatkuasaan untuk pertimbangan kerajaan.

"Kita bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan hak asasi manusia merupakan sesuatu yang sangat luas dan menyentuh pelbagai perkara dan lapisan masyarakat serta ada kalanya menyentuh perkara-perkara sensitif yang perlu dikaji dengan teliti," katanya.

Beliau turut menyatakan persetujuan bahawa sesuatu undang-undang perlu berkembang mengikut keperluan masa.

Artikel Berkaitan:

"Jika ia memerlukan pindaan yang sewajarnya, penelitian perlu diberi kepada pindaan tersebut demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.