Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: Kes kembali meningkat kepada 3,245

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat pada Selasa dengan 3,245 kes dilaporkan berbanding Isnin, 2,342 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,813,934.

"Sebanyak 39 kes adalah kategori tiga hingga lima dan 3,206 atau 98.8 peratus lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, jumlah harian itu juga terdiri daripada 274 kes import yang membabitkan 187 rakyat tempatan dan 87 warga asing.

"Bilangan penularan dalam negara adalah 2,971 kes yang mana 2,882 rakyat tempatan dan 89 warga asing," katanya.

Beliau berkata, seramai 183 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 84 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan.

"Kes sembuh pula adalah 3,093 menjadikan jumlah keseluruhannya 2,741,355 atau 97.4 peratus," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 17 kluster baharu Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,235 dan 6,047 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 188 lagi masih aktif," katanya.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara menurun kepada 0.98 berbanding Isnin, 1.0.

Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka dan Selangor adalah negeri mencatatkan nilai antara Rt 1.0 dan 1.06.

Nilai Rt Perlis, Labuan, Putrajaya dan Sarawak kekal sifar.