United mungkin terus gunakan formasi 4-3-3

United bakal mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Brentford. - Foto Getty Images
United bakal mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Brentford. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick menegaskan dia mungkin akan meneruskan formasi 4-3-3 bagi berdepan Brentford di Stadium Komuniti Brentford pada Khamis.

Menurut Rangnick formasi berkenaan dilihat nyata bersesuaian dengan corak permainan skuad The Red Devils itu terutamanya apabila terikat 2-2 ketika berdepan Aston Villa, baru-baru ini.

“Formasi ini kelihatan berkesan ketika kita menentang Villa yang turut menyaksikan pemain tonggak, Cristiano Ronaldo tidak beraksi kerana cedera.

“Bagaimanapun, formasi tersebut (4-3-3) nyata berkesan dan kita berkemungkinan akan terus menggunakan formasi ini pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Pada aksi berdepan Villa, skuad The Red Devils itu berjaya mendahului 2 gol hasil jaringan Bruno Fernandes.

Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan dan menyaksikan Villa menjaringkan dua gol menerusi Jacob Ramsey dan Phillippe Coutinho pada penghujung perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Mengulas lanjut, Rangnick mengharapkan agar kesebelasan pemain yang bakal beraksi kelak dapat membantu menghasilkan kejayaan buat United.

Katanya, kemenanangan ke atas Brentford bakal menyaksikan United memperbaiki kedudukan dengan berpeluang naik ke tangga kelima.

Artikel Berkaitan:

“Kita sememangnya mengharapkan kemenangan pada perlawanan ini dan mengikut perkiraan, United akan berada pada kedudukan kelima sekiranya menang.

‘Lagi pun, kita perlu pastikan United kembali ke landasan kemenangan setelah hanya meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan terdahulu,” katanya.