X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Aboubakar gembira kejayaan Cameroon

Aboubakar (kanan), meraikan jaringan sulungnya bersama rakan-rakan sepasukan. - Foto AfricanNewAnalysis
A
A

KAPTEN Cameroon, Vincent Aboubakar gembira apabila berjaya membantu pasukannya mara ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika 2022 biarpun sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Cape Verde pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Olembe pada Selasa.

Menurutnya, lebih manis apabila kejayaan itu diraih selepas menerima tentangan sengit daripada lawan yang turut memburu slot ke pusingan kalah mati pada kejohanan kali ini.

“Bagi saya, Cape Verde adalah sebuah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Mereka sering memberikan kami detik sukar pada perlawanan kali ini.

“Secara keseluruhannya, kejayaan ini juga cukup sukar untuk direalisasikan kerana pada masa kami juga mahu mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan bagi saingan peringkat kumpulan kali ini.

“Mujurlah kesebelasan pemain mampu beraksi dengan baik dan berjaya mengekang asakan-asakan lawan sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Aboubakar menjaringkan gol pertama buat Cameroon pada minit ke-39 sebelum pemain gantian Cape Verde, Garry Rodrigues menyamakan kedudukan pada minit ke-53 dan seterusnya memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat perlawanan.

Keputusan itu bagaimanapun dilihat tidak menjejaskan kedudukan Cameroon selaku pendahulu Kumpulan A dan mengesahkan slot untuk beraksi di saingan kalah mati dengan diiringi Burkina Faso yang menamatkan saingan peringkat kumpulan pada kedudukan kedua.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Aboubakar berkata, perlawanan itu sememangnya sukar dan mengakui gembira kerana pemain dapat mengharunginya dengan baik.

“Kini kami tidak mahu lagi berfikir secara negatif kerana kami telah pun mara ke pusingan kalah mati.

“Fokus kami kini adalah untuk melepasi saingan kalah mati pula seterusnya mara ke suku akhir dan ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!