UMNO Johor kekalkan Hasni jadi ‘poster man’

Datuk Hasni Mohammad
Datuk Hasni Mohammad
A
A
A

JOHOR BAHRU - UMNO Johor berpendirian untuk terus memberikan sokongan teguh kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menerajui kerajaan negeri pada masa akan datang.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, parti turut berpendapat Hasni adalah individu paling layak untuk diangkat sebagai 'poster man' dalam barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Johor berdasarkan faktor kejayaan beliau memimpin Johor dalam suasana sukar selama ini.

Datuk Nur Jazlan Mohamed
Datuk Nur Jazlan Mohamed

Menurutnya, sebagaimana diketahui umum, Hasni merupakan seorang pemimpin berpengalaman luas, memiliki kredibiliti tinggi dan cukup matang dalam menangani segala cabaran selepas kegagalan yang ditinggalkan oleh dua menteri besar daripada Bersatu sebelum ini.

“UMNO Johor mahu Hasni menjadi ‘poster man’ kita untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan yang ditunjukkan beliau diteruskan.

“Selepas dua menteri besar daripada Bersatu gagal memulihkan keadaan tidak stabil di Johor sebelum ini, Hasni berjaya melakukan dan beliau adalah pilihan terbaik yang negeri ini miliki.

“Beliau juga mempunyai hubungan amat baik dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura yang pasti memberi pelbagai manfaat kepada rakyat serta negeri Johor pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, nasib rakyat Johor tidak perlu diperjudikan kepada pihak yang pernah gagal mentadbir sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kepimpinan UMNO dan ahli akar umbi amat berkeyakinan Hasni mampu membawa Johor keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan memaju ekonomi negeri dengan lebih mantap.

“Jika kita sudah ada seorang pemimpin terbaik untuk apa kita nak pilih atau beri peluang kepada orang lain yang belum tentu prestasinya macam mana.

“Baik kita terus memberikan sokongan dan membantu Hasni melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri supaya Johor dapat keluar daripada krisis semasa dengan secara dan secara total," katanya.