X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Tze Yong jelma petanda positif

Tze Yong
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara meningkat naik, Ng Tze Yong perlu memperbaiki corak permainannya supaya dapat menghasilkan keputusan lebih konsisten.

Begitupun, legenda perseorangan lelaki negara, Ong Ewe Hock berkata, prestasi Tze Yong pada Kejohanan Badminton Terbuka India yang berakhir pada Ahad lalu sebagai sesuatu yang positif.

“Tze Yong milik karakter melawan yang tinggi dan paling penting dia tidak mudah mengalah sekiranya kita ikuti persembahannya pada saingan Terbuka India minggu lalu.

“Sekiranya dia dapat konsisten mengekalkan prestasi dalam aksi separuh akhir, suku akhir dan akhir, pada saya itu sudah bagus untuk pemain pada usianya.

“Cuma dia perlu memperbaiki game plan kerana masih terdapat beberapa elemen yang memerlukan penambahbaikan. Namun, secara keseluruhan dia sudah mampu menyaingi lawannya, itu sudah sesuatu yang bagus,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Pada Sabtu, langkah Tze Yong tersekat di peringkat separuh akhir dalam penampilan pertamanya pada kejohanan berstatus Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu.

Pemain kelahiran Johor itu terpaksa akur dengan kehebatan pemain India yang juga pilihan ketiga kejohanan, Lakshya Sen yang akhirnya muncul juara selepas menewaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

Ewe Hock berkata, Tze Yong pada ketika ini sedang dalam proses mengutip pengalaman apabila beraksi dalam saingan Super 500 yang lebih kompetitif selain berdepan cabaran baharu.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini dia sedang perform dan garang dalam gaya permainannya. Inilah yang sebenarnya kita harapkan dalam kalangan pemain-pemain muda negara.

“Saya harap Tze Yong dapat mengekalkan sikap positifnya ketika beraksi pada Kejohanan Antarabangsa India seterusnya dapat perbaiki lagi corak permainannya,” ujar Ewe Hock.

Selepas aksi di New Delhi, Tze Yong bersama dua lagi pemain perseorangan lelaki negara - Soon Joo Ven dan Cheam June Wei akan menggalas cabaran pada Kejohanan Antarabangsa India di Lucknow mulai Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!