X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Misi sebar mesej antirasuah diteruskan

Siri jelajah ke seluruh negara menerusi Konvoi #RasuahBusters akan diteruskan dengan Negeri Sembilan dan Melaka menjadi destinasi yang ‘diterjah’ pada 20 hingga 23 Januari ini.
A
A

SHAH ALAM - Siri jelajah ke seluruh negara menerusi Konvoi #RasuahBusters akan diteruskan dengan Negeri Sembilan dan Melaka menjadi destinasi yang ‘diterjah’ pada 20 hingga 23 Januari ini.

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, Konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada rakyat.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dan program menarik sepanjang konvoi siri kedua di Negeri Sembilan dan Melaka.

“Antara yang menarik, Pencetus Ummah (PU) Raihan akan turut sama menjayakan konvoi kali ini apabila terlibat dengan program dakwah di Negeri Sembilan,” katanya ketika program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang dihoskan oleh Abby Fana dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian dan Rasuah Busters pada Isnin.

Beliau berkata, program bersama PU Raihan itu akan diadakan di Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3 sekitar ja 11 pagi.

“PU Raihan akan membicarakan isu rasuah yang bertajuk ‘Rasuah Jalan Singkat Ke Neraka’.

"Ahli kariah Masjid Nurul Huda dan orang ramai yang berada berdekatan Felda Jelai 3 boleh hadir beramai-ramai untuk mendengar kupasan isu rasuah daripada PU Raihan pada hari tersebut.

“Bagi mereka yang tidak berkesempatan atau berada di luar Felda Jelai 3, mereka boleh melayari semua platform digital Rasuah Busters untuk menyaksikan program yang dipancarkan secara langsung ini,” katanya.

Wan Normi (kanan) bercakap mengenai Misi #Bantuanbencana Sinar Harian X Rasuah Busters ketika Program MUM pada Isnin. -Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Wan Normi (kanan) bercakap mengenai Misi #Bantuanbencana Sinar Harian X Rasuah Busters ketika Program MUM pada Isnin. -Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam pada itu, Wan Normi berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan terus menjadi keutamaan pihak penganjur sepanjang Konvoi #RasuahBusters selama empat hari yang bermula Khamis ini.

“Perkara ini sangat penting untuk dipatuhi semua pihak yang menyertai program dan aktiviti dianjurkan bagi mengelak penularan Covid-19,” katanya.

Wan Normi berkata, dijangkakan jumlah kehadiran orang ramai sepanjang program konvoi adalah besar terutama pada sesi pengagihan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

“Diharap semua yang menyertai program Konvoi #RasuahBusters akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

“Kita tidak mahu sebarang pelanggaran SOP bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!