Ismail Sabri ucap Selamat Hari Thaipusam

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada Keluarga Malaysia yang beragama Hindu.

Ujar beliau, meskipun sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan, beliau berharap agar Keluarga Malaysia beragama Hindu dapat meneruskan upacara mengikut norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, Thaipusam merupakan perayaan penting bagi kaum India beragama Hindu yang diraikan pada Bulan Thai, bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

“Sebelum kita dilanda penularan wabak Covid-19, Thaipusam disambut dengan perarakan ke kuil-kuil Hindu dengan membawa kavadi dan juga 'paal koodam' yang mengandungi susu.

“Walaupun pada tahun ini sambutan diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, saya berharap Keluarga Malaysia beragama Hindu dapat meneruskan upacara mengikut norma baharu dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa sekaligus menyemai sifat keterangkuman dan kebersamaan antara Keluarga Malaysia,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: