Orang ramai harus tunggu siasatan dijalankan terhadap Azam

Azam Baki- Foto Bernama
Azam Baki- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Orang ramai seharusnya menunggu mana-mana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung kontroversi pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pakar Kriminologi Nottingham Trent University, Dr Kassim Nor Mohamed berkata, di samping itu orang ramai juga perlu menunggu apabila kes itu dibicarakan di mahkamah.

“Dan kebenaran akan menang,” katanya menerusi siaran langsung di Agenda Awani yang bertajuk ‘Isu Integriti SPRM: Berfakta atau Beragenda’ pada Isnin.

Mengulas mengenai Azam perlu bercuti, Kassim berpendapat gesaan yang dibuat itu seolah-olah menunjukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM bersalah berhubung perkara tersebut.

“Dan jika kita lihat kepada dakwaan dan tentang apa dakwaan ini. Dakwaan ini adalah tentang beliau memiliki saham dan penggunaan (akaun) beliau oleh adiknya untuk menguruskan saham itu.

“Salah satu yang kita tidak tahu setakat ini ialah apa bukti untuk ditunjukkan yang memiliki memiliki saham itu (dan) mempunyai seseorang yang menguruskan saham sebenarnya adalah satu kesalahan.

“Setakat ini, kita tidak nampak apa-apa bukti. Sebagai seorang kriminologi, saya sentiasa (melihat) berdasarkan fakta dan kepada bukti,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut menyentuh mengenai tindakan Azam yang memfailkan saman fitnah terhadap seorang aktivis berhubung dakwaan pendedahan pembelian saham syarikat.

Artikel Berkaitan:

“Jika saya yang terlibat atau saya risau bahawa saya ini bersalah, saya tidak akan memfailkan saman sivil kerana perkara yang akan terjadi adalah saya akan tunjukkan perkara-perkara buruk yang saya lakukan di mahkamah,” jelasnya.