JDT satu kumpulan dengan Kawasaki Frontale

No Image Caption
A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) diundi bersama juara Liga Jepun (Liga J), Kawasaki Frontale apabila Harimau Selatan itu menyingkap saingan peringkat Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini yang dijadualkan pada April depan.

Skuad Benjamin Mora itu juga diundi bersama kelab Liga Super China, Guangzhou FC, selain menanti pemenang aksi 'play-off' kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai menentang kelab Thailand, Port FC bagi melengkapkan senarai pasukan kumpulan tersebut.

Harimau Selatan sebelum ini telah melakukan penampilan sebanyak empat musim sejak 2019, dengan tiga penampilan berakhir di peringkat kumpulan - saingan musim lalu di kedudukan ketiga Kumpulan G - Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi.

Artikel Berkaitan: