Segamat dijangka pulih, mangsa banjir terus menurun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Segamat dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat dengan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 37 orang setakat jam 4 petang berbanding 74 individu pada pagi Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh, yang menempatkan lapan keluarga di daerah itu akibat banjir termenung.

"Cuaca di seluruh 10 daerah di negeri itu dilaporkan cerah ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lepas, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah Segamat akan membuat penilaian sebelum penutupan sepenuhnya PPS dilakukan berikutan keadaan sudah pulih kira-kira 98 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan: